Wednesday 10 June 2009

Analisis Data (Pn. Sakinah)



Analisis data;
- Proses menggunakan data untuk memberikan maklumat berguna untuk cadangan kesimpulan dan menyokong keputusan
- Data kualitatif dan kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu proses analisis
- Cari pola dan kategori, persamaan, terangkan trend dan pertanyaan, catalog pemerhatian, bilang & bandingkan, buat anggaran


Langkah analisis data kualitatif
Langkah pertama – cari item berulang untuk tulis tema
Langkah ke-2 – pilih 3 atau 4 tema/kategori yang muncul dan bina matriks
Langkah ke-3- bincang dengan pendidik lain, teliti tinjauan (borang kaji selidik) dan rekodkan dapatan dalam matriks yang dibina
Langkah ke-4 – rekod pemerhatian pola yang muncul semasa melihat matriks
Langkah ke-5 – buat kesimpulanLangkah ke-6 – semak semula persoalan kajian dan apa langkah seterusnya yang boleh dibuat

Kegunaan data dalam Plan-Do-Study-Act cycle
Plan – Nilai dan ringkaskan semua data yang ada
- Analisis dan kenalpasti tema utama
- Kenalpasti sumber data
Do – Kumpul data dan buat kajian rintis
Study – analisis data dan buat kesimpulan
Act – kenalpasti soalan tambahan dan rancang untuk penambahbaikan







Sunday 7 June 2009

Kuliah 7 - Penulisan Proposal

Beberapa kumpulan telah dipanggil untuk membentangkan proposal kumpulan kepada kelas. Antara hasil pembentangan tersebut adalah;

Tajuk: Penggunaan keyterms dalam pengajaran Biologi
Masalah: Pelajar menghadapi masalah untuk menjawab soalan esei biologi kerana tidak menggunakan keyterms atau laras bahasa yang tepat. Ini mengakibatkan pelajar tersebut tidak dapat diberikan markah penuh keranacara penulisan jawapan mereka berbeza daripada skema pemarkahan.
Penambahbaikan: Satu kajian tindakan akan dilakukan menggunakan penggubahan lagu menggunakan keyterms agar perkataan-perkataan tersebut dapat dihafal dan digunakan dengan tepat.
Pengumpulan data: data akan dikumpul menggunakan pre-test dan post-test.

Aktiviti seterusnya, pelajar diminta memberikan refleksi dan juga pendapat tentang kajian tindakan. Pandangan saya terhadap kajian tindakan adalah berbeza sebelum dan selepas Seminar Serantau Pendidikan ke-4. Sebelum ini, saya menganggap kajian tindakan adalah sesuatu yang membosankan. Setelah melihat pembentangan kajian tindan di seminar tersebut, saya merasakan kajian tindakan adalah sesuatu yang menyeronokan.

Tuesday 2 June 2009

Penggumpulan Data (Pn. Sakinah)

· Pengumpulan data harus dilakukan dengan serius bagi menjamin kualiti kajian
· Kualiti kajian adalah penting untuk ;
- Tanggungjawab kepada pelajar
- Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
- Tindakan dan perubahan kepada penambahbaikan

Kesahan dan kebolehpercayaan adalah amat penting dalam menentukan kualiti sesebuah kajian
Kesahan - Kebenaran data. Harus sentiasa megambil kira samada data sebenarnya mengukur fenomena khusus yang dikaji
Kebolehpercayaan – Ketepatan data. Masalah kebolehpercayaan selalu berlaku sekiranya data diambil dari sampel yang terlalu kecil

5 tahap kajian tindakan
Tahap 1 – Mengenalpasti masalah
Tahap 2 – Perancangan tindakan
Tahap 3 - Mengumpul data
Tahap 4 – Analisis data
Tahap 5 – Perancangan dan tindakan seterusnya

Persoalan dalam pengumpulan data;
- Apakah jenis data yang perlu kita kumpulkan untuk menjawab persoalan kajian?
- Bagaimana kita hendak memastikan terdapat pelbagai perspektif?
Method pengumpulan data;
- Pemerhatian
- Nota guru
- Kerja pelajar
- Refleksi pelajar
- Jurnal pelajar
- Ujian
- Soal selidik
- Temuduga