Sunday 7 June 2009

Kuliah 7 - Penulisan Proposal

Beberapa kumpulan telah dipanggil untuk membentangkan proposal kumpulan kepada kelas. Antara hasil pembentangan tersebut adalah;

Tajuk: Penggunaan keyterms dalam pengajaran Biologi
Masalah: Pelajar menghadapi masalah untuk menjawab soalan esei biologi kerana tidak menggunakan keyterms atau laras bahasa yang tepat. Ini mengakibatkan pelajar tersebut tidak dapat diberikan markah penuh keranacara penulisan jawapan mereka berbeza daripada skema pemarkahan.
Penambahbaikan: Satu kajian tindakan akan dilakukan menggunakan penggubahan lagu menggunakan keyterms agar perkataan-perkataan tersebut dapat dihafal dan digunakan dengan tepat.
Pengumpulan data: data akan dikumpul menggunakan pre-test dan post-test.

Aktiviti seterusnya, pelajar diminta memberikan refleksi dan juga pendapat tentang kajian tindakan. Pandangan saya terhadap kajian tindakan adalah berbeza sebelum dan selepas Seminar Serantau Pendidikan ke-4. Sebelum ini, saya menganggap kajian tindakan adalah sesuatu yang membosankan. Setelah melihat pembentangan kajian tindan di seminar tersebut, saya merasakan kajian tindakan adalah sesuatu yang menyeronokan.

No comments:

Post a Comment