Saturday 23 May 2009

Action Research for Exemplary Science Teaching

Ulasan Buku
Kajian tindakan diasaskan oleh Kurt Lewin. beliau menyatakan bahawa kajian tindakan adalah satu prosedur yang mengekspresskan inkuiri. Menurut McKernan (1991) pula, kajian tindakan merupakan satu cabang daripada kaedah saintifik. Proses sesebuah kajian tindakan melibatkan aktiviti yang terancang dan sistematik dengan kaedah yang sah untuk memahami sesebuah senario (Blaxter, Hughes & Tight, 1996). Secara amnya, kajian tindakan dijalankan untuk mengkaji tahap kejayaan amalan pendidikan dan mengadaptasi teknik dari dapatan kajian. Terdapat dua tujuan utama kajian tindakan iaitu; membawa perubahan dan refleksi kepada pengamal pendidikan atau pelaksana.
Terdapat tiga model kajian tindakan iaitu; teknikal, praktikal dan emancipatory. Model teknikal dan praktikal melibatkan penyelidik dan pelaksana. Model teknikal melibatkan hanya penyelidik utama meneliti permasalahan dan mencadangkan intervensi. Pelaksana hanya terlibat dalam pelaksanaan. Bagi Model praktikal, kedua-dua penyelidik dan pelaksana akan meneliti masalah dan intervensi bersama-sama. Model emancipatory atau bebas pula melibatkan sekumpulan pelaksana bekerja dalam sebuah kumpulan untuk meneliti masalah dan mencari intervensi bersama-sama.

No comments:

Post a Comment