Saturday 16 May 2009

Kajian Kepustakaan

Kajian kepustakaan adalah peringkat yang penting dalam sesebuah kajian tindakan. Secara keseluruhannya kajian kepustakaan merangkumi beberapa kemahiran;
  1. Membanding dan membezakan
  2. Menganalisis
  3. Menilai
  4. Membuat kesimpulan
  5. Mensintesi

Membanding dan membezakan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat perbandingan di antara satu atau lebih fakta, kualiti, ciri, sifat dan sebagainya bagi membuat pilihan yang terbaik bagi menjalankan sesebuah kajian tindakan.

Menganalisis. Kemahiran ini adalah kompleks kerana ia melibatkan kemahiran berfikir. Bahan yang telah dibaca harus dihubungkait atau dihuraikan kepada bahagian yang lebih ringkas agar data/fakta yang ingin disampaikan dapat difahami dengan lebih jelas.

Menilai. Tidak semua maklumat yang diperolehi boleh diterima dan digunapakai di dalam sesebuah kajian tindakan. Maklumat tersebut harus ditapis dan diterima mengikut kesesuaian. Pada peringkat inilah penilaian tentang kelebihan dan kekurangan sesebuah maklumat itu dilakukan berdasarkan bukti.

Membuat kesimpulan. Setelah maklumat dibanding, dianalisis dan dinilai, satu pernyataan tentang hasil siasatan dibuat berdasarkan hipothesis. Ia biasanya digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal, dan juga menyokong penyataan.

Mensintesis. Menggabungkan idea, item atau unsur untuk membentuk sebuah gambaran yang menyeluruh.

2 comments:

  1. SELAMAT HARI GURU
    Selamat ber-Kajian Tindakan
    Selamat ber-Seminar

    ReplyDelete
  2. Oton.. lawa kati kau punya blog...
    Haro 'tongkulibambang' nogik..
    Ai, otopot ka itu boros sia tu?
    Mositi do mongkaji tindakan do bahasa Dusun kadauh tih.. Bah, ngoi po... Babai inan.

    ReplyDelete