Sunday 24 May 2009

Action Research for Exemplary Science Teaching 5

Penilaian keseluruhan

Secara keseluruhannya, buku ini adalah tentang senario kajian tindakan di Malaysia dan juga antarabangsa, rancangan Malaysia ke-9 dan kajian dan pembangunan, kajian tindakan dalam pengajaran sains, amalan kajian tindakan dalam pengajaran biologi, kimia, fizik dan peningkatan professional.

Buku ini amat baik bagi guru-guru novis untuk memulakan langkah menjalankan kajian tindakan di sekolah. Penulis menerangkan kajian tindakan dari pelbagai perspektif. Beliau juga menerangkan tentang beberapa contoh amalan kajian tindakan dalam subjek sains; biologi, kimia dan fizik yang telah dijalankan oleh beliau. Pengalaman yang dikongsi banyak membuka minda saya tentang kajian tindakan ringkas yang boleh dijalankan di dalam kelas.

Secara amnya, pelajar mempunyai semangat inkuiri semulajadi yang tinggi, jadi terpulang kepada guru tersebut untuk memanipulasi semangat mereka menjadi satu pembelajaran sains yang berkesan. Perubahan dalam pendidikan dan teknologi tidak dapat dielakkan, oleh itu, kajian tindakan adalah satu method yang penting bagi menjamin P&P sentiasa menepati keperluan semasa.

No comments:

Post a Comment