Sunday 31 May 2009

Kuliah 6 - Penulisan Proposal (Hajah Halimah Harun)

Terdapat tiga aktiviti dijalankan sepanjang kelas ini;


Aktiviti 1
Pelajar dikehendaki menjawab beberapa soalan bagi memahami personality seorang guru dann juga diri sendiri. Soalan-soalan tersebut adalah:
a) Sebab anda ingin menjadi cikgu?
b) Guru yang paling anda sukai dan sebab?
c) Guru yang paling anda benci dan sebab?
d) Apakah tugas seorang guru?
e) Melukis gambar sebatang pokok
Melalui soalan-soalan tersebut, saya dapati saya menyukai seorang guru yang memahami pelajar dan tidak membosankan. Saya tidak menyukai seorang guru yang pilih kasih, terlalu berkasar dengan pelajar tanpa memahami perasaan pelajar dan tidak prihatin terhadap perkembangan emosi pelajar. Melalui gambarajah pokok yang dilukis, saya dapati saya agak yakin dengan kebolehan diri.

Aktiviti 2
Bekerja berpasangan dan pilih satu topik yang telah dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Serantau dan bincangkan dengan terperinci. Beberapa kumpulan akan dipilih untuk membentangkan hasil perbincangan.


Aktiviti 3
Bentuk sebuah kumpulan seramai 5 orang yang berlainan latar belakang dan pengkhususan. Tulis sebuah proposal kajian tindakan

Nama ahli kumpulan:
Mohd Fairus Khazali Bin Ismail P48635
Jovinia Jowinis P48652
Elenser Uning P48674
Nurul Hafizah Binti Che Mat P48663
Aisyahtulasyiqah Binti Mohamed P48594

Tajuk kajian:
PENGGUNAAN KAEDAH PENGUBAHAN LIRIK DALAM PENGAJARAN SEJARAH DI DALAM BILIK DARJAH

No comments:

Post a Comment