REFLEKSI DIRI SELEPAS BIG 2
Senarai kelemahan :
1) Kurang keyakinan diri
2) Kurang sifat sukarelawan
Matlamat am:
1) Meningkatkan keyakinan diri
2) Meningkatkan sifat sukarelawan di dalam diri
Objektif:
1) Tidak pasif dan berkeyakinan untuk bekerja dan berkomunikasi dalam kumpulan besar
2) Memberikan bantuan secara sukarela sekiranya diperlukan
Langkah-langkah:
1) Memerhati tahap keyakinan diri pada masa sekarang dengan merefleksi diri ataupun meminta pandangan rakan-rakan
2) Merancang method dan cara pengumpulan data
3) Menganalisis data
4) Membuat implikasi
Method:
1) Lebih menonjolkan diri sekiranya terdapat kerja kumpulan.
2) Bersikap lebih terbuka terhadap pandangan dan kritikan rakan.
3) Tugasan kumpulan dilakukan dengan rela hati tanpa berkira, tidak kira tugas tersebut besar atau kecil.
4) Berfikiran positif
Pengumpulan data:
Satu borang kaji selidik tentang perubahan tahap keyakinan dan sifat sukarelawan diri yang dapat dilihat sebelum dan selepas kajian tindakan dilakukan akan diedarkan.
Penilaian pelaksanaan:
Penilaian dilakukan oleh diri sendiri dan juga rakan-rakan melalui boring kaji selidik yang telah diedarkan.
Sunday, 3 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment