Saturday 23 May 2009

Action Research for Exemplary Science Teaching 4

Dalam buku ini, model yang difokuskan adalah model teknikal. Model ini merupakan model yang memerlukan penyelidik dan pelaksana untuk berkerjasama dalam meneliti masalah, mencari punca masalah dan langkah-langkah penyelesaian kepada masalah tersebut. Kajian tindakan dimulakan oleh penyelidik yang lebih berpengalaman untuk memperkenalkan pelaksanaan yang lebih efesien dan efektif. Ini menjurus kepada hasil pembelajaran.


Sebagai contoh, pelajar tidak memahami konsep gerhana matahari dan bulan yang merupakan satu fenomena ringkas yang berlaku di sekeliling kita. Pelaksana ataupun guru menganggap bahawa memberi penerangan menggunakan carta ringkas sudah memadai. Namun melalui penelitian kerja rumah dan ujian ringkas, didapati bahawa pelajar tidak dapat memahami konsep yang tersebut sepenuhnya. Oleh itu, penyelidik dan pelaksana akan menganalisis maklumat yang didapati daripada kerja rumah dan ujian pendek tadi. Kemudian mereka akan menentukan maklumat yang perlu diberi perhatian, menyusun semula maklumat-maklumat tadi dan cuba untuk mengaitkan dengan pengalaman sedia ada serta penyelesaian masalah. Pusingan pengajaran (teaching cycle) dibina mengikut maklumat tentang pengetahuan sedia ada pelajar, bahan baca akademik di sekitar pelajar, pendedahan dan pengalaman pelajar. Kedua-dua penyelidik dan pelaksana menganalisa perkara-perkara ini secara teknikal, kritikal konteks dan situasi. Kemudiannya pelbagai cadangan penambahbaikan diusulkan sebelum menilai aspek metakognitif untuk mendedahan pelajar kepada "hands-on-eksperiments" dan "computer-based-simulations".


Dalam kajian tindakan, perbincangan dan penelitian yang dibuat belum tentu membuahkan hasil utk pertama kali dilakukan. Namun dalam jangka masa panjang, kejayaan sedikit demi sedikit boleh dicapai. Jangkamasa kajian tindakan haruslah bersesuaian dengan sukatan pelajaran tahunan.


Kajian akan melibatkan pengumpulan data daripada keputusan ujian, penilaian kerja rumah dan juga temubual dalam bentuk soalan pendek yang boleh dimasukkan ke dalam portfolio pelajar. Instrumen yang digunakan haruslah diuji kesahan dan kebolehpercayaan . Diari, jurnal dan buku log pelajar juga boleh digunakan untuk mengetahui apa yang dirasakan oleh pelajar tentang proses P&P. Dan instrumen ini boleh digunakan secara fleksibel. Keadaan yang tidak dapat diperhatikan secara langsung boleh dinilai melalui cara ini. Aktiviti di dalam kelas pula boleh di rakam menggunakan video ataupun audio agar keadaan sebenar di dalam kelas dapat diteliti.


Jenis data yang dikumpul adalah berbeza mengikut apa yang ingin diperbaiki. Contohnya, adakah penyelidik dan pelaksana ingin meningkatkan purata markah peperiksaan? Menanamkan minat pelajar terhadap subjek sains? menanamkan nilainilai murni dalam pengajaran? dan adakah tujuan-tujuan ini ingin dicapai serentak ataupun berasingan? Perkara-perkara ini ditentukan terlebih dahulu oleh penyelidik sebelum kajian tindakan dilakukan.


Hasil analisis data boleh menghasilkan satu corak dan pandangan baru hasil darapada respon para pelajar. Hasil ini boleh digunakan un tuk menghasilkan pelan tindakan yang baru. Perkara yang harus dipertimbangkan adalah, adakah strategi yang telah dilaksanakan harus digunakan semula? Kekuatan dan kelemahan srategi tersebut. Inovasi yang boleh digunakan untuk memperbaiki strategi tadi.


Perkara asas dalam kajian tindakan adalah untuk sentiasa mengikuti aktiviti yang telah ditetapkan dalam setiap pusingan. Ini adalah bagi pengumpulan data yang sistematik agar dapat digunakan dalam penganalisisn data bagi memahami keseluruhan masalah. Penilaian terhadap masalah bermula daripada proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi. Proses pemantauan itu sendiri boleh memberikan maklumat bagi penilaian secara holistik.


Secara asasnya, ketika pemerhatian dibuat, terdapat empat soalan ringkas yang memandu arah; Apakah yang dilaksanakan sekarang? Apakah yang ingin diubah? Kenapakah perubahan tersebut ingin dilakukan? Apakah target yang jangkakan.


No comments:

Post a Comment