Saturday 9 May 2009

Pengurusan Perubahan dalam Pendidikan

Pengurusan Perubahan dalam Pendidikan - Dr. Izham (4/5/09)

Konsep perubahan dalam pendidikan
  • Pendidikan merupakan media utama bagi menyiapkan manusia agar dapat menghadapi cabaran masa hadapan. Perubahan di dalam bidang pendidikan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
  • Namun kadangkala perubahan yg berlaku mewujudkan banyak ketidakpastian.
  • Dalam pendidikan ketidakpastian seharusnya dielakkan kerana ini boleh menjejaskan masa depan generasi muda.

Jenis-jenis perubahan

  1. Perubahan ke arah peningkatan
  2. Perubahan strategik organisasi
  3. Perubahan reaktif
  4. Perubahan akibat daripada jangkaan

Ciri-ciri perubahan

1. Perubahan adalah kompleks Perubahn dikaitkan dengan Proses evolusi - perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit Proses revolusi - perubahan yang pantas
2. Perubahan adalah multidimensi
Keputusan untuk melakukan perubahan harus menitikberatkan 6 dimensi:

  • Tujuan perubahan

  • Unit perubahan

  • Sifat perubahan

  • Magnitud perubahan

  • Skop perubahan

  • Jangkamasa perubahan


Model-model perubahan;

Model penggabungan Roger Menurut model Roger, proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal, atau jangkaan pembangunan akan datang telah dikenal pasti.setelah dikenalpasti dikenal pasti, penyelidik akan mengkaji utk mencari penyelesaian. Fasa ini melibatkan eksperimen & ciptaan yang kemudiannya membawa kepada penghasilan inovasi.

Model Kanter
Kanter (1998) menegaskan bahawa struktur & inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada beberapa tugas utama. Ada 4 tugas inovasi :

1. Penjanaan idea

2. Membina idea

3. Realisasi idea

4. Pemindahan idea



Model Rand
Tujuan utama kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan atau menghalang perubahan pendidikan. Berman & McLaughlin mengatakan proses perubahan di sekolah melibatkan ;
1. Daya usaha ( Initiation )
2. Implementasi
3. Penggabungan



Model Acot Berdasarkan Projek Apple Classroom of Tomorrow ( ACOT), pengkaji menyimpulkan bahawa kehendak P&P berubah secara beransur-ansur dan mempunyai 5 langkah perubahan;
1. Kemasukan ( Entry )
2. Memilih ( Adoption)
3. Menyesuaikan ( Adaptation )
4. Penggunaan ( Appropriation )
5. Mereka cipta ( Invention )

No comments:

Post a Comment