Sunday 3 May 2009

Aktiviti 2 - Masalah di dalam kelas

Kumpulan : Hairol Hafifi
Hasmalina Hamzah
Jovinia Jowinis

Masalah pelajar:
Kurangnya penguasaan kosa kata saintifik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Strategi mengatasi:
Melaksanakan pengajaran yang berbentuk permainan yang melibatkan kesemua pelajar di dalam kelas tersebut. Contohnya permainan Win, lose or draw bagi perkataan seperti greenhouse effect, chloro flouro carbon dan ozone layer bagi topik Global Warming.

Kesan:
Pelajar akan menguasai kosa kata saintifik dalam bahasa inggeris secara perlahan-lahan dan tidak tertekan kerana pendekatan yang dipilih adalah melalui permainan. Mereka juga dijangkakan akan lebih mengingati penggunaan perkataan tersebut.

No comments:

Post a Comment